Thursday, 31 July 2025

Saltxhookmy: Bila Kumpau Pun Ada Cerita

Kadang-kadang pancing balik kosong. Tapi aku tetap datang lagi. Sebab kat tepi air tu ada sunyi yang tenang, ada cerita yang belum ending. Saltxhookmy bukan pasal siapa paling banyak strike. Sini tempat untuk sesiapa yang faham. Walaupun kumpau, tapi kita happy!. 

Few years back (sekitar tahun 2013) aku ada blog mengenai dunia pancingan iaitu KailBengkok. Aku tutup blog tu sebab aku quit memancing atas sebab-sebab tertentu. Ada sahabat dan geng pemancing continue dengan blog kailbengkok2. Update terhenti pada tahun 2018. Almost 6 years dah.

Kini, aku kembali memancing dan aku perlukan satu platform untuk aku kongsikan pengalaman aku. So aku create blog ni. 

Kenapa aku buat blog lagi? Zaman sekarang dah ada macam-macam platfom untuk perkongsian info. Masih relevan ke?

Itu aku tak berapa pasti. Tapi aku rasa, akan ada pembaca. InsyaAllah.

Selamat datang. Sila pacak, cast, baca, lepak. 

Jika tak minat baca. Boleh support dan follow akaun Tiktok aku abupiscator. Banyak VTT yang menarik dan sila like semua. Terima kasih.

#PancingPantai #KakiPancing #FishingMalaysia #PantaiVibes #JoranMelentur #SantaiMemancing #kailbengkok #abupiscator